Azhar akui tukar fikiran saat akhir, sangkal ‘ditekan’ menteri kanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyangkal beliau menerima panggilan telefon daripada seorang “menteri kanan” supaya tidak membenarkan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mempengerusikan sidang Dewan Rakyat untuk sesi petang semalam.

Azhar menjelaskan pertukaran saat akhir semalam untuk membatalkan Kor Ming daripada mempengerusikan Dewan Rakyat adalah keputusannya saat akhir dan tidak didorong atau ditekan oleh mana-mana pihak.

“Saya memang bagi Kor Ming (Teluk Intan) pengerusikan Dewan Rakyat semalam. Tetapi saya tukar (fikiran) saat akhir.

“Saya tak didorong atau ditekan untuk tukar fikiran. Saya guna kuasa saya untuk tukar fikiran. Tiada terima panggilan,” katanya di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong).

Gobind sebelum itu meminta Azhar menjawab sama ada benar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta beliau untuk membatalkan keputusan untuk menjemput Nga pengerusikan Dewan Rakyat pada sesi petang semalam

Pagi tadi, Azmin ‘diserang’ di Dewan Rakyat hari ini oleh wakil-wakil rakyat DAP gara-gara dakwaan menghalang Kor Ming menjadi Speaker undangan semalam.

Menurut Sin Chew Daily, Kor Ming telah diundang, secara bertulis, untuk mempengerusikan sidang itu oleh Speaker Dewan Rakyat.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah semalam ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.

Berikutan itu, Azhar mempengerusikan sidang Dewan Rakyat yang bermula pada jam 2.30 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat