‘Raja’ storan baharu

- Advertisement -

MEMILIKI desktop berprestasi tinggi bersama padanan kad grafik, papan induk serta pemproses kelas premium saja tidak cukup untuk menghasilkan talaan prestasi terbaik untuk setiap masa jika masih menggunakan sistem storan teknologi ‘HDD’.

Masalah utama bagi sistem storan ‘HDD’ atau ‘Storan Simpanan Cakera Keras’ ini adalah kadar pembacaan serta pemindahan data adalah rendah berbanding sistem storan ‘Solid State Drive’ mahupun M.2 PCIe NVMe.

Kali ini penulis ingin memperkenalkan ‘raja baharu’ untuk penyimpanan storan baharu daripada MSI iaitu Spatium M480 PCIe 4.0 NVMe M.2 2TB yang mampu merekodkan bacaan data sehingga 7,000 MB/S.

Bagi kadar pemindahan data pula, Spatium M480 ini mampu merekodkan kadar 6,800 MB/S tanpa sebarang masalah sekali gus menjadikan tugas rutin pengguna lebih mudah dan pantas.

Berdasarkan jumlah kapasiti yang tinggi, pengguna tidak lagi perlu menggunakan sistem storan lain sebaliknya hanya menggunakan satu perkakas untuk penyimpanan semua fail sedia ada.

Menyentuh aspek spesifikasinya, perkakas ini adalah daripada generasi keempat sambungan PCIe dan NVMe 1.4 memberikan keupayaan kepantasan kepada pengguna.

Bayangkan jika Spatium M480 ini digunakan untuk ‘bootable drive’ bagi sistem operasi Windows pengguna, pastinya kurang daripada empat saat segalanya sudah siap tanpa perlu menunggu lama.

Contoh lain pula apabila sistem storan berkenaan digunakan untuk menyimpan fail kapasiti besar seperti bahan asas suntingan video atau sintesis animasi, proses berkenaan boleh dilakukan dengan pantas tanpa menunggu masa yang lama.

Penulis melakukan uji kaji khusus untuk storan berkenaan bagi suntingan fail asas video resolusi 4K dengan empat lapisan video berbeza, proses berkenaan hanya mengambil masa kurang lima minit untuk siap sepenuhnya.

Jika menyentuh soal sisten storan PCIe NVMe ini, ramai dalam kalangan pengguna yang bertanyakan soal suhu, perkakas ini mampu beroperasi dalam suhu tinggi sehingga 70 darjah Celsius.

Berdasarkan maklumat, storan ini mampu bertahan sehingga 1.6 juta jam sebelum perkakas berkenaan akan berdepan dengan masalah seperti kegagalan penyimpanan dan sebagainya atau lebih dikenali sebagai ‘Mean Time Between Failure’.

MSI juga membekalkan tempoh jaminan sehingga lima tahun dan ia turut sesuai dipadankan untuk PCIe 4, generasi ketiga, kedua dan pertama tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhannya, penulis cukup berpuas hati dengan prestasi storan ini yang menawarkan keupayaan pembacaan serta pemindahan data yang pantas tanpa sebarang masalah.

Ia juga sesuai untuk dijadikan ‘bootable drive’ sekali gus memberi pengalaman yang jauh berbeza kepada pengguna.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat