Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

- Advertisement -

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang di Kampung Sungai Bakap dekat sini, budak lelaki terbabit dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, budak lelaki berkenaan dipercayai bermain sendirian antara tiang dan pokok berkenaan sebelum tersepit.

Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.23 petang dan mengeluarkan budak lelaki berkenaan 15 minit kemudian.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Raja Mohd Saad Raja Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah itu selesai sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang dan kanak-kanak lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada keluarganya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat