Mohamaddin Dah Hina Wira Negara, Maaf Tiada Makna – Zahid

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap permohonan maaf Datuk Mohamaddin Ketapi sudah tidak makna lagi.

Katanya, kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN Segama tersebut telah menghina 12 orang wira negara, tentera dan polis.

“Sebagai bekas Menteri Pertahanan ketika itu yang turun ke ‘ground zero’ dan kawasan operasi tidak boleh menerima ucapan yang sangat tiada adab.

“Dia (Mohamaddin) wajib ditolak,” tegas Zahid yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.

Terdahulu, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, beliau berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat