Ada Jenazah Dicungkil Mata, Kepala Dipancung Kata Hishamuddin

- Advertisement -

Kudat – Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa penduduk Sabah agar jangan pernah lupa akan tragedi berdarah yang pernah melanda negara suatu ketika dahulu.

Hishamuddin ketika menceritakan semula tragedi tersebut turut menjelaskan bagaimana petugas keselamatan telah dibunuh dengan kejam.

“Dah lupa ke insiden Lahad Datu bagaimana anggota keselamatan kita dibunuh dengan kejam, mata dicungkil pipi dikikis (malah) ada yang kepala dipancung. Saya yang bawa jenazah mereka (yang terkorban) pulang (untuk dikebumikan).

“Disebabkan itu saya bertekad selagi saya di beri amanah selaku Menteri Luar Negeri, kita tidak akan benarkan bumi Sabah walau seinci pun dicerebohi dan kita telah buktikan dengan gagalkan cubaan mereka menceroboh bumi Sabah ini.

“Apa yang mereka lakukan (petugas keselamatan) melakukan pengorbanan dengan darah dan nyawa untuk pertahankan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Hishamuddin turut mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak mengadakan sebarang rundingan terhadap tuntutan Filipina.

“Kita (kerajaan) anggap Sabah ini sebahagian dari keluarga, hidup atau mati kita akan tetap bersama tuan-tuan dan puan-puan.

“Ketua Menteri (Shafie) menyatakan perlu buat rundingan (tuntutan Filipina) tapi saya katakan tidak kerana kita tidak pernah iktiraf tuntutan mereka. Kita (kerajaan) tidak akan iktiraf tuntunan mereka dan ini janji saya.

“Hanya Tuhan yang tahu apa yang terpaksa saya lakukan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan Sabah ini, jadi sekurang-kurangnya berilah mandat ini kepada calon BN/UMNO,” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Luar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pingan-Pingan sebentar tadi.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Ketua UMNO Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri.

Hishamuddin ketika mengakhiri ucapannya turut berjanji akan memastikan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kudat akan terus menjadi kubu kuat BN/UMNO. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat