Program menarik Hari Kebangsaan

- Advertisement -

Sempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang dibawakan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), pelbagai kandungan menarik disediakan buat penonton setia TV3, TV9, 8TV dan ntv7 pada ulang tahun kemerdekaan yang ke-64, tahun ini.

Selain itu, Media Prima Berhad (MPB) turut melancarkan muzik video versi baharu menerusi lagu ciptaan Faizal Tahir berjudul #BaikSemula bagi menyemarakkan lagi kempen berkenaan.

Bermula 28 Ogos ini, TV3 bakal menayangkan program istimewa Malam #BaikSemula bermula jam 10 malam hingga 11.30 malam dengan penampilan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K Clique yang akan berkongsi kisah-kisah menarik di sebalik pembikinan muzik video baharu itu.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna apabila program ini turut memberi penghargaan tinggi kepada petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tanggungjawab serta atlet yang mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, baru-baru ini tanpa rasa gentar dengan wabak Covid-19.

MPTN juga dilihat sentiasa mendengar suara hati penonton dan memaparkan isu-isu semasa yang menjadi aspek utama ketika negara sedang diancam wabak berbahaya itu.

Sejak penularan Covid-19, Buletin Utama TV3, Berita TV9 dan Mandarin News 8TV sentiasa memaparkan laporan berita terkini dari dalam dan luar negara.

Tidak hanya itu, pelbagai laporan berita eksklusif, isu semasa pandemik secara mendalam dan lebih terperinci turut dibawakan untuk memenuhi kehendak penonton.

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Buletin Utama bakal mengadakan segmen khas tiga minit Semarak Jiwa Merdeka yang sudah menemui penonton sejak 15 Ogos lalu hingga 31 Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Segmen itu akan membawakan cerita suka-duka tokoh-tokoh negara yang berjuang daripada penjajahan kuasa asing.

Laporan Khas juga akan dibawakan untuk menyingkap keadaan semasa rakyat Malaysia yang kini sedang berperang dengan wabak berbahaya ini.

Temu bual eksklusif ini akan meliputi pelbagai bidang daripada politik, pendidikan serta paparan wira-wira yang berbakti tanpa mengharapkan balasan dan tidak meminta usaha mereka didendangkan oleh masyarakat.

Tidak ketinggalan, pelbagai genre program terbitan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Majalah 3, Helo Doktor, Nona, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam, Bersamamu, Melodi, Muzik Muzik dan MBuzz juga akan berkongsi topik-topik istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Majalah 3 yang bersiaran setiap hari Isnin, jam 9 malam bakal menyingkap sejarah dan kisah menarik bangunan Sultan Abdul Samad pada 30 Ogos ini dan memaparkan segmen istimewa buat petugas barisan hadapan pada 13 September ini.

Bangunan ikonik itu menjadi saksi peredaran masa negara dari saat Tanah Melayu masih di bawah penjajahan British dan Jepun, hari bersejarah ketika mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi hitam 13 Mei 1969 dan terkini, ancaman wabak Covid-19 yang memberikan impak besar kepada ekonomi serta pembangunan negara.

Sementara itu, segmen Pintu Rezeki akan disiarkan setiap hari Isnin selama tiga minit menerusi Berita TV9 pada jam 7 malam.

Segmen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada penonton bagi menjana pendapatan selepas terjejas akibat penularan virus Covid-19.

Jangan ketinggalan juga untuk menonton dokumentari khas Jalur Gemilang yang bakal bersiaran pada Hari Malaysia 16 September ini jam 8.30 malam di TV9.

Ia akan mengimbau sejarah di sebalik nama gah Jalur Gemilang bendera Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab di dalam dokumentari ini.

Dalam pada itu, ikuti saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia iaitu 8TV dengan perbincangan pelbagai topik menarik berkaitan tema Hari Kebangsaan menerusi program bual bicara Living Delight dan 8 E News, serta Mandarin News yang akan memaparkan laporan khas.

Selain itu, penonton 8TV juga berpeluang menyaksikan filem istimewa All The Wrong Clues gandingan mantap pelakon popular Hong Kong, George Lam dan Teddy Robin pada 31 Ogos ini jam 3.30 petang.

Sejak 18 Ogos lalu, ntv7 menerusi DidikTV KPM memeriahkan studio dengan tema berlatarbelakangkan Hari Kebangsaan dan mengetengahkan subjek-subjek yang bersesuaian dengan tema sempena Bulan Kebangsaan dalam slot Teroka (pra-sekolah, tahap II, menengah atas) dan slot Mahir (pra-sekolah dan tahap II).

Tiga drama menarik juga turut disiarkan iaitu Bebaskan Anak Kita, Epok dan Tok Samad.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat