Angelina Jolie sedih kenang nasib rakyat Afghanistan

- Advertisement -

BINTANG filem Hollywood, Angelina Jolie membuka akaun Instagram bagi berkongsi perasaannya mengenai kemelut yang berlaku di Afghanistan.

Dalam hantaran itu, Jolie memuat naik gambar surat yang diterimanya daripada seorang remaja Afghanistan yang nama dan lokasinya dikaburkan.

Menerusi surat itu, remaja perempuan berkenaan berkongsi mengenai kebimbangan dan ketakutannya untuk hidup di bawah kepimpinan Taliban.

“Kami terpenjara lagi. Sebelum Taliban datang, kami ada hak untuk bersuara secara bebas.

“Tapi, apabila mereka muncul, kami jadi takut dan rasanya, semua impian kami kini sudah berkecai,” tulis remaja itu.

Jolie yang juga duta untuk Agensi Pelarian Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (APPBB) menulis dalam keterangan hantaran itu, bahawa dia akan berkongsi kisah-kisah penderitaan masyarakat di seluruh dunia.

“Saya akan gunakan platform ini untuk berkongsi mengenai kisah penderitaan dari seluruh dunia dan kisah-kisah mereka yang berjuang untuk hak asasi manusia,” katanya.

Dalam hantaran sama, Jolie juga turut berkongsi pengalamannya berada di Afghanistan, dua dekad lalu.

“Saya berada di sempadan Afghanistan, dua minggu sebelum insiden 11 September. Ini kisah 20 tahun lalu di mana saya bertemu dengan pelarian dari Afghanistan yang melarikan diri daripada Taliban.

“Ia amat menyedihkan melihat pelarian ini lari dari tanah mereka sendiri. Peperangan yang mengorbankan nyawa, masa dan wang adalah satu bentuk kegagalan yang sukar untuk saya fahami,” katanya.

Beberapa hari lalu, dunia dikejutkan dengan berita Taliban yang mengambil alih kuasa di Afghanistan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat