Konflik Afghanistan: UK Akan Kerjasama Dengan Taliban Jika Perlu

- Advertisement -

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson berkata Britain akan bekerjasama dengan Taliban jika perlu susulan kumpulan itu menawan Afghanistan.

Katanya apa yang penting adalah usaha politik dan diplomatik untuk mencari jalan bagi membolehkan Afghanistan bangkit semula.

“Saya ingin meyakinkan orang ramai bahawa usaha politik dan diplomatik sedang dijalankan bagi mencari jalan keluar bagi Afghanistan, bekerjasama dengan Taliban, tentu saja sekiranya perlu akan diteruskan.

“Dan komitmen kita terhadap Afghanistan adalah kekal,” katanya.

Dalam pada itu, Johnson berkata, keadaan di lapangan terbang Kabul bertambah baik.

Lapangan Terbang Kabul dipenuhi ribuan rakyat Afghanistan yang terdesak mencari jalan keluar selepas Taliban mengambil alih negara itu.

Britain dalam pada itu beri jaminan pemindahan 1,615 individu sejak Sabtu termasuk 399 warga Britain dan tanggungan mereka, 320 kakitangan kedutaan dan 402 rakyat Afghanistan berjalan lancar.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat