Arteta Terkejut Perlawanan Arsenal Diteruskan Selepas Kes Positif COVID-19

- Advertisement -

MIKEL Arteta terkejut apabila Premier League memberikan lampu hijau untuk perlawanan Arsenal menentang Brentford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu diteruskan selepas beberapa ahli pasukannya disahkan positif koronavirus menjelang pertemuan itu.

The Gunners, yang tewas 0-2 dalam perlawanan itu, turun tanpa dua penyerang utama, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexndre Lacazette, selain pemain perancang, Willian, dan penjaga gol, Alex Runarsson — kesemuanya perlu menjalani pengasingan.

Lacazette dan Runarsson akan sekali lagi terlepas perlawanan menentang Chelsea di Stadium Emirates malam esok sementara Aubameyang pula telah diberikan pelepasan untuk berlatih manakala Willian masih dalam pemantauan.

Premier League tidak menetapkan sebarang jumlah kes positif khusus untuk sesuatu perlawanan ditunda tetapi Aston Villa pernah mengubah jadual perlawanan berikutan penularan virus berkenaan dalam kalangan mereka musim lalu.

“Saya terkejut tetapi ketetapan itu ditentukan pihak yang bertanggungjawab dan mereka berasakan perkara terbaik adalah untuk perlawanan itu diteruskan,” kata pengurus Arsenal itu.

“Kami melakukan apa yang kami perlu lakukan, melalui kelab ini, melalui doktor juga. Dia telah menjelaskan situasinya, bagaimana untuk melaluinya dan risiko yang telah dipertimbangkan.

“Kami melalui 48 jam yang getir sebelum perlawanan itu dengan ketidaktentuan yang besar.

“Ia mungkin barisan pemain Arsenal yang tidak bersedia,” katanya

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat