Dakwa Muhyiddin Khianat Mahathir dan PH, Hampir 2,000 Ahli Bersatu Keluar Parti

- Advertisement -

MELAKA – Hampir 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka dari pelbagai peringkat jawatan didakwa mengisytiharkan keluar parti itu berkuatkuasa serta merta.

Memetik laporan MalaysiaGazette, mereka merupakan ahli dari enam bahagian iaitu Bahagian Tangga Batu, Bukit Katil, Jasin, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Kota Melaka.

Ketua Cawangan Bersatu Rim, Imanuddin Abd Aziz berkata, keputusan keluar parti dibuat kerana Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkhianati mandat rakyat yang sebelumnya menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Menurutnya lagi, banyak soal disiplin dalam Bersatu telah ‘dirogol’ selain telah mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengasas parti berkenaan.

“Kami ini ahli biasa sahaja, kami bukan wakil rakyat di Parlimen yang mendapat mandat daripada rakyat tetapi rakan-rakan saya inilah yang merupakan pejuang asal tanpa sempadan bersama-sama menegakkan Bersatu di negeri Melaka ini,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Laporan itu juga menyebut, langkah yang dilakukan oleh mereka itu bermula apabila seramai 16 ketua di peringkat bahagian di negeri ini dipecat dengan alasan kononnya telah melanggar disiplin parti.

Terdahulu, Imanuddin mengetui bahagian-bahagian berkenaan mengumumkan keluar parti Bersatu yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam ini.

Program bermula dengan pengisytiharan keluar parti oleh ketua-ketua cawangan dari bahagian-bahagian terlibat.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada pengumuman keluar parti itu satu cubaan untuk mensabotaj mesyuarat peringkat sayap di Melaka yang akan berlangsung esok, Imanuddin menafikan perkara itu.

Jelasnya, perhimpunan yang diadakan pada malam ini sememangnya telah lama dirancang dan ia merupakan permintaan akar umbi yang mahu keluar parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat