KKM kesan “Kluster Maju” Di Kuala Lumpur

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi memaklumkan sebuah kluster baharu “Kluster Maju” telah dikesan di sebuah Restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 2 kes pertama kluster ini iaitu ke-9176 dan ke-9177 telah dilaporkan pada 16 Ogos. Mereka merupakan pekerja di restoran tersebut.

“Pekerja ini dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja dan kedai makan yang telah dijalankan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, kata Noor Hisham.

Noor Hisham juga menjelaskan saringan kontak rapat telah dijalankan, dimana kes baharu kluster ini (kes ke-9241) merupakan pelanggan restoran tersebut telah dikesan. Dia mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala semenjak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh.

Menurut Noor Hisham lagi, setakat ini seramai 672 orang telah disaring termasik 16 pekerja dan 656 orang pelanggan.

“Daripada jumlah itu 3 kes dikesan positif covid-19 dan 669 individu negatif, kata Noor Hisham lagi.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan kontak rapat sedang diteruskan. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkita seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kedai makan tersebut, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat