Lori dan Setor Sorok 4,020 Paket Minyak Masak Subsidi Diserbu

- Advertisement -

MERSING – Sebuah lori dan setor yang dijadikan sebagai tempat menyorok minyak masak paket bersubsidi bernilai lebih RM10,000 diserbu di Endau, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) Johor, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, operasi itu dilakukan pukul 7.15 malam diketuai dua pegawai dan empat anggota PPM W2 Mersing, enam anggota Team Task Force Penyeludupan IPD Mersing dan tiga anggota Cawangan Khas IPD Mersing.

“Semasa serbuan di lokasi pertama, seorang lelaki ditahan di Jalan Dato’ Mohd. Ali, mengakui pemilik sebuah lori satu tan yang diletakkan di tepi jalan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kotak mengandungi paket minyak masak bersubsidi di dalam lori tersebut.

“Siasatan lanjut terhadap suspek membawa ke lokasi kedua, sebuah stor di Jalan Haji Ariffin dan pemeriksaan menemukan sejumlah kotak yang mengandungi paket minyak masak bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 4,020 paket minyak masak dengan nilai RM10,030 serta turut dirampas adalah sebuah lori.

“Suspek, lori dan minyak masak paket bersubsidi telah dibawa ke MT Mersing untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Polis menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak berkuasa termasuk pasukan Polis Marin Wilayah Dua menerusi talian 07-2372221@07-2372222. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat