Jangan Bawa Pulang Ganja atau Produk Berkaitan Jika Lawat Thailand – Polis

- Advertisement -

PADANG BESAR – Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang itu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam bentuk produk seperti kek atau air yang mempunyai kandungan ganja yang rendah.

“Kita tidak mempunyai kuasa melarang mereka pergi melancong dan mengambil ganja di negara jiran, namun boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya mereka membawa pulang atau berada di bawah pengaruh bahan terlarang itu ketika masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand bukan hanya untuk melancong malah mengambil peluang mencuba ganja di sana.

“Secara peribadi saya nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak cuba mengambil ganja ketika berada di Thailand walaupun ia dibenarkan di sana kerana dadah boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Surina berkata beliau telah meminta agensi di sempadan agar meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan tiada individu yang membawa masuk dadah jenis ganja ke negara ini walaupun tiada kes dilaporkan sehingga hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat