Jangan salah guna ‘lesen’ lawak – Abon

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak senior, Abon menasihatkan agar semua pelawak tanpa mengira kaum supaya tidak melawak membabitkan sentimen agama.

Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) musim pertama pada 2011 bersama Allahyarham Os yang dikenali sebagai Osbon ini berkata, dia pernah menegur kumpulan pelawak popular yang cuba berlawak menggunakan sentimen Islam ketika dalam rakaman.

“Mereka nak buat karakter pemuda berhadapan dengan bapa seorang gadis. Jadi mereka pura-pura alim. Mereka mula berzikir Subhanallah dan sebagainya lagi.

“Saya terus minta mereka berhenti tak kisahlah walau sedang rakaman. Saya memang tak suka. Mereka jawab dengan orang lain boleh lawak macam ini.

“Saya cakap dengan saya jangan begini. Kalau saya tiada tak kisahlah mereka nak buat apapun. Kita kurang agama, kenapa nak berlawak dengan cara ini pula,” katanya.

Menurutnya ada pelbagai cara berlawak yang baik di mana penonton dapat iktibar manakala mereka pula dapat pahala.

“Kan senang begitu. Saya kalau nak buat komedi pasal agama, ada tiga lori dalam kepala saya. Tapi kita tak boleh la bawa benda ini depan khalayak.

“Itulah dari dulu lagi saya cakap, lawak ini kalau diterbalikkan bermaksud kawal. Benda ini kena kawallah mana yang boleh mana yang tak.

“Janganlah gunakan lesen lawak anggap semua benda boleh dibuat. Kalau main bab agama kita jangan kompromi. Kalau benda itu haram, maka haramlah. Tak boleh dihalalkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abon kini bergelar pengacara dalam kapal Mendam Berahi di Melaka.

“Satu kapal boleh memuatkan 30 orang termasuk makan. Saya aktif sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Khidmat saya secara kontrak dan gaji dibayar bulanan. Saya sempat kerja selama enam bulan kemudian kita PKP.

“Sekarang barulah ia disambung semula. Saya pun dah ada tempat tinggal di Melaka,” kata Abon yang akan tampil sebagai hos mini konsert Mas Mona Night pada 30 Julai ini.

Konsert membariskan Datuk Jeffrydin, L Ramlie, S Mariam serta pemuzik pengiring The Zurah 3 berlangsung di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat