Mizz Nina nafi perkongsian di IG ada kaitan krisis rumah tangga

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selebriti Mizz Nina menafikan perkongsian di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.

Mizz Nina menerusi ruangan komen membidas paparan yang dimuat naik beberapa hari ini memberi gambaran rumah tangganya dikatakan retak menanti belah.

“Ini bukan kenyataan saya, ini adalah paparan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi iaitu Qalbyapp FB.

“Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja,” tulisnya.

Mizz Nina terus mencetuskan spekulasi hingga ada yang beranggapan hantaran dimuat naik menerusi akaun Instargam (IG) mempunyai kaitan gosip krisis rumah tangga bersama suaminya, Noh Salleh yang kini menjadi bualan hangat.

Menerusi perkongsian dimuat naik semula Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkenaan, ia seolah memberi bayangan yang dirinya kini berdepan dengan situasi sukar dan mengharap petunjuk dari Allah sebagai jalan penyelesaian.

“Sesetengah perkara berlaku dalam hidup, naik atau turun, kesukaran dan dipermudahkan, semuanya Allah hantar sebagai petunjuk adakah kita berada di landasan yang benar.

“Allah tidak berkomunikasi dengan kita seperti berbicara dengan nabi, tetapi ada tanda diberikan untuk kita lihat, renung dan bertindak ke atasnya.

“Bila melakukan sesuatu dan berasa tenang dengannya, itu bermakna kita melakukannya dengan baik dan betul. Itu membawa petanda, Allah sedang membimbing kita.

“Bagaimanapun, jika masih lagi kabur atau berasa was-was apakah berada di jalan yang benar, bacalah ayat Sakeenah, panjatkan doa kepada Allah dan perhatikan sekeliling untuk mencari petunjuk dan apa yang dirasakan,” tulisnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sebelum ini Noh menafikan krisis rumah tangga dialami dan menegaskan bahawa dakwaan itu sebagai berita palsu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat