PM doakan kesembuhan Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.

“Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam catatan di Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Bagaimanapun kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat