Kerajaan tangguh kutip fi permit 4 komoditi makanan ternakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan empat komoditi makanan ternakan diberikan penangguhan kutipan fi permit melalui pemudah cara prosedur import yang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), berkuat kuasa semalam.

MAFI dalam kenyataan pada Selasa memberitahu penangguhan itu membabitkan jagung, soya, gandum serta komoditi proses berasaskan haiwan dan tumbuhan bagi tujuan penyediaan makanan ternakan.

Jekasnya, ia adalah langkah melaksanakan keputusan kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin, berikutan kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri dikenal pasti antara faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam.

Menurut kenyataan MAFI itu lagi, penangguhan kutipan fi itu membabitkan kadar RM15 bagi setiap permohonan permit membawa masuk jagung, soya serta gandum, manakala untuk makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan pula RM20.

“MAQIS juga akan melaksanakan proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi berkenaan dalam usaha melancarkan proses pengimportan, sekali gus mengurangkan kos logistik yang terbabit dalam aktiviti pengimportan.

“Kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat dalam pasaran tempatan.

“Sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan, iaitu soya, gandum, jagung serta makanan ternakan berasaskan haiwan, diimport dari luar negara,” katanya.

Hal demikian, MAFI menjelaskan, penangguhan fi permit bagi pengimportan komoditi dapat membantu mengurangkan kos logistik dalam usaha menstabilkan harga makanan ternakan di dalam negara.

Pada masa sama, kementerian itu melalui MAQIS menyatakan komitmennya untuk memudah cara urusan pengimportan bahan makanan ke dalam negara, selain memastikan semua kemasukan adalah bebas daripada isu biosekuriti.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju dengan tujuh langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu bekalan serta harga makanan, termasuk menyegerakan proses pembayaran pendahuluan tuntutan subsidi harga ayam berjumlah RM157.53 juta kepada penternak kecil dan sederhana.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dipetik berkata langkah seterusnya ialah memudah cara prosedur import (IP) MAQIS bagi empat komoditi membabitkan soya, gandum, jagung serta makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat