Azmin Nafi Akan Kembali Sertai PKR

- Advertisement -

BALIK PULAU – “Ramai orang saya jumpa, jadi saya tidak ingat dengan siapa yang saya jumpa”.

Demikian jelas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai spekulasi beliau bertemu dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada Rabu lalu.

Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau telah mengunjungi banyak hotel pada minggu lalu dan ‘tidak ingat’ secara spesifik setiap nama hotel yang telah dikunjunginya.

“Sheraton Hotel? Saya pergi banyak hotel, saya tidak ingat hotel yang mana,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri lawatan ke Pusat Inkubator Kraf di Sungai Rusa di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas spekulasi sama ada beliau akan kembali ke PKR, Azmin bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Nama pun spekulasi, jadi ia tidak benarlah,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat