Sidang Parlimen Bahas Kesulitan & Bantuan Rakyat, Tak Usah Takut Bayang-Bayang – Dr Asyraf

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pembukaan sidang Parlimen bukan bertujuan mengemukakan usul undi tidak percaya sebaliknya fokus membahaskan perkara melibatkan kesulitan rakya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan masih ada Speaker Dewan Rakyat yang berpihak kepada mereka bagi mengenepikan usul tersebut.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu sudah bertitah agar Parlimen segera bersidang dengan mandat spesifik untuk bahas mengenai kesulitan rakyat.

“Jadi usah takut dengan bayang-bayang,” kata Asyraf Wajdi dalam siaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Pada Rabu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Selain itu, Raja-raja Melayu bersetuju agar tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini dan menyokong pendirian Seri Paduka Baginda agar persidangan Parlimen diadakan segera.

Mengulas lanjut, beliau berkata, persidangan Parlimen bertujuan membahas peruntukan kerajaan dan tuntutan rakyat.

“Moratorium automatik secara pukal tanpa caj faedah tambahan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0, diskaun bil-bil utiliti yang naik mendadak akibat berpanjangan duduk rumah dan bekerja dari rumah (BDR),” ujarnya.

Tambahnya, pembukaan Parlimen juga untuk mewujudkan akauntabiliti, sistem semak dan imbang serta membahas mengenai ordinan darurat. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat