Rebat Elektrik: Bagaimana Gagalkrasi PH Menipu Rakyat Pada Masa Dulu – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di laman Facebooknya mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja menaikkan kadar elektrik sepanjang 22 bulan pemerintahan mereka, tapi turut menarik balik rebat elektrik yang diberikan kepada rakyat secara senyap-senyap – dengan menukar syarat kelayakan penerima rebat.

Kata Najib, “Selain menaikkan kadar elektrik, kerajaan PH dulu juga menarik balik rebat secara senyap-senyap bagi kebanyakan Rakyat tetapi PH masih mampu berlagak hero”.

Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut, Najib berkata walaupun selepas PRU14, PH kata mereka akan gandakan rebat elektrik yang diberi kerajaan BN daripada RM20 sebulan kepada RM40 bulan bermula 1 Jan 2019, hakikat yang sebenarnya ialah pengguna yang layak menerima tambahan rebat tersebut hanyalah mereka yang berdaftar dengan program eKasih sahaja (dimana kelayakan untuk program ini, hanya kepada mereka yang pendapatan bulanan bawah RM950 sebulan).

Sedangkan dibawah pentadbiran BN, rebat RM 20 adalah terbuka kepada semua pelanggan TNB secara automatik asalkan bil elektrik bulanan adalah RM20 dan ke bawah.

“Tidak perlu daftar”, tambah beliau lagi.

“Sebab itu, sebanyak 1.1 juta pelanggan domestik menerima manfaat setiap bulan secara konsisten untuk hampir seluruh tempoh saya PM”, kata Najib.

Ini berbanding dengan jumlah penerima rebat RM40 dibawah pentadbiran PH dimana hanya 75,000 keluarga seluruh negara mendapat rebat RM40 elektrik berbanding 1.1 juta yang medapat rebat RM20 sebulan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Najib turut menunjukkan jumlah penjimatan maksima rebat elektrik semasa dibawah kerajaan PH, berbanding ketika beliau menerajui kerajaan.

“Bayangkan penjimatan maksima rebat untuk kerajaan PH”, kata Najib.

“Dulu bawah BN: 1.1 juta X RM20 X 12 bulan = RM264 juta.

Bawah PH: 75,000 X RM40 X 12 bulan = RM33.6 juta.

Mereka potong jumlah pembiayaan bagi rebat sebanyak 88% tapi propaganda mereka kata mereka gandakan rebat pulak”.

Menurut Najib, “Itulah cara Gagalkrasi PH menipu Rakyat pada masa dulu”.

Pautan asal hantaran Najib tersebut boleh dirujuk disini

(Penafian: Sekiranya wujud percanggahan maksud antara tulisan ini dan pautan asal, maksud dalam pautan asal adalah terpakai)

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat