Dira selamat berkahwin kali ke-3

- Advertisement -

SELEPAS setahun berkenalan, Dira Abu Zahar, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, di Melaka, hari ini.

Dengan sekali lafaz, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.

Dira menerima mas kahwin RM1,000 serta menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dari pihak lelaki. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis penuh bahagia itu dilangsungkan dengan ringkas dan tertutup. Ia juga dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ini adalah perkahwinan ketiga Dira di mana pada 2007, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra, 12. Bagaimanapun, mereka kemudian bercerai pada 2011.

Pada 2011, Dira kembali berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan bercerai pada 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Untuk rekod, Dira juga mengambil seorang anak angkat iaitu Waris Iskandar Andika pada perkahwinan keduanya itu.

HMetro 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat