KKM siap siaga apa sahaja kemungkinan gelombang baharu COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan (KKM) akan memutuskan langkah susulan yang akan diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 yang direkodkan sepanjang tempoh minggu lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata pada masa sama kementerian itu bersiap siaga dengan apa sahaja kemungkinan, termasuk gelombang baharu COVID-19.

“Kita (KKM) sudah keluarkan kenyataan rasmi semalam yang mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 bulan ini.

“Langkah (selanjutnya) akan diputuskan oleh KKM dan untuk makluman umum, kita sentiasa bersiap sedia dengan sebarang peningkatan (kes) dan akan ambil kira pandangan pakar mengenainya,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran Pemberian Imunisasi HPV ‘Catch-up’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1, lapor BH pada Selasa.

Ditanya persediaan KKM menghadapi gelombang baharu COVID-19 berikutan Singapura baru-baru ini mencatatkan jumlah kes positif dua kali ganda, Lukanisman berkata, tahap kesiapsiagaan KKM adalah tinggi dengan pelbagai pengalaman menangani ancaman wabak itu sejak ia masuk ke negara ini.

“Kita perlu faham virus COVID-19 ini akan terus bersama kita, jadi saya sarankan orang ramai terus berwaspada dengan langkah dan panduan dikeluarkan,” katanya.

Mengenai kemungkinan kes COVID-19 dalam negara melonjak menjelang cuti persekolahan hujung minggu ini, beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat