MAHB untung, kerajaan wajar batal rancangan jual 30 peratus saham kepada syarikat asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kestabilan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang tidak membebankan kerajaan dan terus mencatat keuntungan harus dipertimbangkan oleh kerajaan bagi membatalkan rancangan penjualan 30 peratus sahamnya kepada syarikat asing.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan tiada keperluan mendesak berbuat demikian dan menggesa kerajaan melalui Khazanah serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membatalkan tawaran sukarela prasyarat dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

Kata beliau, MAHB bukan syarikat rugi dan bermasalah apabila merekodkan keuntungan RM543 juta untuk tahun kewangan 2023 dengan jumlah tunai sebanyak RM1.845 bilion selain telah pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

“Melihat potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang yang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.

“Hakikatnya, tanpa pegangan satu blok besar saham daripada mana-mana syarikat asing, MAHB telah menunjukkan prestasi kewangan yang baik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dalam kenyataan.

Menurut Radzi, MAHB juga mempunyai potensi untuk terus meningkat kerana memegang konsesi lapangan terbang di seluruh negara yang pada Mac lalu telah dilanjutkan sehingga 2069.

“Bukan sedikit hasil negara milik rakyat yang telah digunakan untuk membangunkan jaringan lapangan terbang ini dan mengukuhkan kedudukan MAHB sebelum ini,” katanya.

Minggu lalu, Khazanah Nasional Bhd dilaporkan merancang untuk menjual pegangannya dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah dana pelaburan prasarana yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia susulan laporan Khazanah dan KWSP menerajui konsortium antarabangsa, GDA, yang menawarkan mengambil alih MAHB.

Dua syarikat pelaburan berkait kerajaan itu berganding dengan GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

Sehingga 14 Mei, konsortium itu dan syarikat induknya secara agregat memiliki 41.1% saham MAHB yang diterbitkan. Sebaik tawaran sukarela prasyarat itu diselesaikan sepenuhnya, Khazanah akan meningkatkan pemilikan dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Pelabur Malaysia berkenaan secara kolektif akan memiliki 70 peratus MAHB, manakala ADIA dan GIP masing-masing memiliki baki 30 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat