Sekat salur minyak kepada Israel cadang Dr M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi pentas bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin yang berdepan konflik dengan Israel.

Dr Mahathir, dalam forum bersama Abdul Hadi di sebuah stesen TV malam tadi, mencadangkan negara-negara Islam yang kaya dengan minyak menekan Israel dengan tidak menyalurkan komoditi itu kepada mereka.

“Kalau kita tak beri minyak, mereka tak boleh buat apa-apa.

“Ini boleh kita lakukan secara halus sehingga mereka tak dapat buat apa-apa kepada kita,” katanya dalam Dialog Tiga Penjuru: ‘Di Sebalik Senyuman Hamza’ terbitan Astro AWANI pada Khamis.

Selain Dr Mahathir dan Abdul Hadi, Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti turut mengambil bahagian sebagai ahli panel.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri menegur sikap umat Islam yang menurutnya masih berpecah belah.

“Dan mungkin musuh-musuh kita menggunakan kejahilan kita sendiri untuk menimbulkan masalah.

“Kekacauan di negeri sendiri hanya akan mengundang perang proksi, musuh datang negeri kita. Bukannya kita lawan musuh utama, tapi lawan sama sendiri.

“Dia boleh berniaga senjata pula,” katanya duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

Selepas konflik 11 hari yang mengorbankan hampir 250 orang, Israel dan kumpulan bersenjata Palestin Hamas semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata, dengan Mesir menjadi pengantara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat