QOBIN SUMBANG RM35,000 UNTUK PALESTIN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Penjelajah Grand Slam Negara yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin hari ini menyerahkan sumbangan RM35,000 kepada Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM).

Menurut Qobin, sumbangan itu sebagai tanda beliau menentang sekeras-kerasnya penindasan dan penaklukan tanah Palestin secara tidak bermoral dan tanpa perikemanusiaan. Disaat pandemik Covid masih berleluasa, rejim Israel tanpa rasa belas kasihan membunuh orang yang tidak berdosa.

“Jika diizinkan, saya ingin bersama mereka mempertahankan bumi suci umat Islam di sana. Tapi tidak mudah untuk ke sana. Hanya doa dan sedikit sumbangan ikhlas daripada saya dalam berjihad memelihara kedaulatan negara Palestin yang saban tahun dirompak tanah mereka oleh Israel.

“Saya tidak mahu menunggu menjadi kaya untuk membantu, sebaliknya dengan rezeki yang ada ini, dapatlah meringankan beban mangsa kekejaman Israel di Palestin. Saya pun tidak tahu bila ajal tiba, dan sebaiknya kita berkorbanlah harta ke jalan yang diredhai Nya walaupun kita masih tidak sempurna, Kata Qobin.

Penyerahan sumbangan tersebut diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Sani Araby Al Kahery, antara NGO yang menguruskan Tabung Palestin di Malaysia sebagai tanda jihad menentang kekejaman Israel terhadap tanah suci Palestin.

Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan ialah saudara Shahril Sufian Hamdan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan sahabat artis Dato’ Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, turut bersolidariti dalam mengutuk kekerasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau menyeru agar pemimpin antarabangsa untuk campur tangan dan memberi tekanan kepada PBB dan OIC dan negara lainnya yang menormalisasi hubungan dengan Israel.

“Sehingga hari ini, hampir 90 ribu rakyat palestin yang sudah tidak mempunyai tempat tinggal akibat sasaran peluru berpandu tentera Israel dan membunuh lebih daripada 100 orang yang tidak berdosa. Oleh yang demikian, saya menyeru agar kita sama-sama segera menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan dan mengajak umat islam dan bukan Islam dalam bersoladiriti berkenaan perkara ini. Ini bukan soal agama dan bangsa, tetapi kemanusiaan. Ujar Shahril Hamdan.

“Beliau juga yakin ramai sahabat-sabahat pemuda dan rakyat Malaysia akan terus bersama menyumbang dana buat Palestin,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat