Palestin Perlu Dibangunkan Semula – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, negara Palestin perlu dibangunkan semula selepas Hamas dan Israel mengumumkan genjatan pada pagi Jumaat.

menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai untuk fokus kepada bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk rakyat Palestin.

“Alhamdulillah, pada pagi Jumaat penghulu hari, genjatan senjata telah diisytiharkan antara Israel dan Hamas,

“Bagaimanapun, siri serangan kejam Israel telah menyebab ratusan orang mati manakala ribuan lagi cedera.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada semua mangsa kezaliman ini,” katanya di Facebook.

Sementara itu,  gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bermula awal pagi tadi diraikan penduduk Palestin yang membanjiri jalanan selepas 11 hari berlindung.

Wartawan AFP di Tebing Barat berkata, buat kali pertama kereta kelihatan di jalanan sambil membunyikan hon dan orang ramai menjalani kehidupan biasa, malah beberapa das tembakan turut kedengaran bagi meraikan gencatan senjata itu.

Buat kali pertama, tiada siren amaran dibunyikan di Israel bagi memberi amaran mengenai serangan roket Hamas, sekali gus menjadi petanda gencatan senjata itu dipatuhi kedua-dua belah pihak.

Gencatan senjata inisiatif Mesir itu turut membabitkan kumpulan bersenjata kedua paling berpengaruh di Gaza, Islamic Jihad, yang turut mempersetujuinya berikutan tekanan antarabangsa bagi menghentikan keganasan bermula 10 Mei lalu.

Seorang tokoh veteran Hamas, Khalil al-Hayya, menyifatkannya sebagai kegembiraan satu kejayaan.

Pihak Israel, dalam satu kenyataan, berkata kini terpulang kepada kepemimpinan politik pada peringkat akar umbi untuk menentukan hala tuju seterusnya bagi isu itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata beliau sedia ke Asia Barat pada bila-bila masa jika boleh membantu Israel dan penduduk Palestin mengakhiri keganasan serta meneruskan kehidupan seperti biasa. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat