Muhyiddin, Azmin dan pemain industri bincang Covid-19 vs ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri hari ini, dalam usaha bertukar pandangan dan idea membincangkan keseimbangan antara kawalan Covid-19 dan impak ekonomi.

Memetik Berita Harian, pertemuan Perdana Menteri dengan wakil industri yang diadakan secara maya itu, turut dihadiri Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pertemuan itu adalah yang kedua antara Muhyiddin dengan wakil industri dalam tempoh dua bulan.

Jelasnya, kekerapan pertemuan itu menunjukkan betapa kerajaan meletakkan kepentingan terhadap peranan utama pihak industri bagi memastikan ekonomi kekal kukuh dalam tempoh sukar ketika ini.

“MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) sentiasa berada di hadapan dalam aspek ekonomi dan mendengar keluhan pihak industri.

“Peranan pemain industri adalah amat penting bagi memastikan kita menang dalam peperangan ini mengunakan kaedah yang mampan,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menjelaskan pertemuan antara Perdana Menteri dengan wakil industri hari ini bermatlamat mencari kaedah meminimumkan impak terhadap ekonomi akibat pelaksanaan kawalan penularan Covid-19 yang semakin memburuk ketika ini.

“Matlamat utama libat urus hari ini adalah untuk bertukar pandangan dan idea untuk mengawal lonjakan Covid-19 dengan berkesan, sambil meminimumkan impak terhadap ekonomi.

“MITI akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kekal teguh dengan pendirian kita untuk membantu pelabur dan pemain industri berdepan cabaran ketika ini,” katanya.

Pertemuan itu hadir ketika desakan semakin kuat daripada pelbagai pihak, khususnya pakar kesihatan, supaya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, sama ada di seluruh negara atau di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencatat lonjakan kes Covid-19.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini dijangka membincangkan keputusan sama ada melaksanakan PKP penuh atau sebaliknya.

Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata KKM akan mencadangkan pelaksanaan PKP penuh di Selangor jika langkah kawalan sedia ada gagal mengekang lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

Kes harian Covid-19 kini mencatat lebih 6,000 kes untuk tiga hari berturut-turut, manakala Selangor merekodkan lebih 2,000 kes dalam tempoh sama. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat