Hakim Kes Najib Razak Buat Laporan Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali membuat laporan polis menyatakan penulis portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah memfitnah beliau melalui artikel bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank
account’ yang bertarikh 20 April 2022 lalu.

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, satu laporan polis telah dibuat oleh Mohd Nazlan pagi tadi menafikan tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

“Laporan polis ini juga dibuat agar siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan,” tegas kenyataan media tersebut.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan turut mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap Badan Kehakiman bertujuan mengganggu-gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice dan menggesa agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman negara serta memastikan pentadbiran keadilan dapat berjalan dengan baik.

Raja Petra sebelum ini mendakwa Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaunnya.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan dan mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mahkamah mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Najib sedang mengemukakan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat