Berkonsepkan ‘World Tour’, McDonald’s Perkenalkan BTS Meal Buat Para Peminat

- Advertisement -

Populariti kumpulan K-Pop, BTS di seluruh dunia tidak dapat disangkal lagi dan mereka mempunyai ramai peminat dari pelbagai lapisan umur. Adakah anda antara peminat BTS?

Jika ya, anda pasti gembira dan teruja dengan berita ini. Terbaharu, McDonald’s telah mengumumkan bahawa akan hadir dengan set menu BTS khas untuk para peminatnya di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, ‘The BTS Meal’ ini akan hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.

‘The BTS Meal’ ini akan tersedia di Malaysia pada 26 Mei 2021 dan anda boleh dapatkan di restoran terdekat anda ataupun secara pandu lalu dan penghantaran ke rumah. Sama-sama kita nantikan menu yang cukup istimewa ini!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat