Bilik hotel Pamungkas dipecah masuk

- Advertisement -

Lombok: Penyanyi Pamungkas, 29, kehilangan barangan berharga selepas bilik hotelnya di Kota Mataram, di sini, dimasuki pencuri, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Antara barangan dicuri termasuk kamera digital, dompet berisi kad pengenalan, kad bank dan kad kredit.

Menurut jurucakap polis, pencuri terbabit bagaimanapun ditangkap tidak lama selepas laporan dibuat.

“Pencuri bukan warga tempatan tetapi dari Surabaya dan mangsanya adalah artis,” katanya.

Menurutnya, pencuri terbabit berpura-pura menjadi tetamu hotel dan ingin meninjau bilik hotel berkenaan sebagai modus operandinya.

“Pencuri itu meninjau sambil mencari bilik yang pintunya tidak berkunci. Kebetulan bilik (Pamungkas) yang bernombor 210 tidak berkunci.

“Lalu dia masuk dan mencuri beg mangsa yang diletakkan atas meja,” katanya.

Pencuri terbabit sudah disoal siasat dan hasil pemeriksaan, dia turut terbabit dalam dua kes kecurian di hotel berlainan.

Ia termasuk Hotel Aston dan Hotel Nanda menggunakan modus operandi sama.

Ketika kejadian, Pamungkas terbabit membuat persembahan di sebuah acara di Litar Jalan Antarabangsa Mandalika.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat