Kecualikan Pelaksanaan Gaji Minimum Bagi Usahawan Mikro – Noh Omar

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memohon agar kerajaan mengecualikan usahawan mikro daripada penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 Mei depan, memandangkan pendapatan tahunan golongan itu masih di bawah RM300,000.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata malah ramai lagi usahawan mikro yang belum stabil dari segi status kewangan mereka, ekoran operasi perniagaan yang baru kembali pulih dari kesan pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini ramai yang terlibat dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu hampir 43,000 daripada mereka adalah usahawan mikro dan kira-kira 70 peratus daripada mereka juga terlibat dengan banjir.

“Mereka baru sahaja mahu bernafas dan kerajaan bantu beri RM3,000 kepada mereka (yang terlibat banjir) untuk pulihkan perniagaan, jadi kita mohon kerajaan dapat pertimbangkan perkara ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) di sini hari ini.

Noh berkata kebanyakan usahawan mikro adalah mereka yang berniaga secara kecil-kecilan dan pembantu mereka kebiasaannya adalah dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan orang kampung.

“Mereka bayar sekadar mampu, jika mereka diwajibkan untuk bayar RM1,500 bagaimana mereka nak bayar, pendapatan mereka juga cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Mengenai sumbangan bantuan hari ini, Noh berkata 8,859 Sahabat AIM akan menerima geran khas berkenaan secara one-off sebanyak RM3,000 tiap seorang tanpa perlu membayar balik, dan sumbangan itu melibatkan peruntukan RM26.557 juta. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat