Polis berjaya tahan lelaki buat aksi ‘drift’, kereta disita

- Advertisement -

BATU PAHAT – Tindakan seorang lelaki mahu ‘test power’ dengan melakukan aksi ‘drift’ mengundang padah apabila kereta jenis Toyota Supra dipandunya, merempuh kenderaan lain, malam semalam.

Malah, aksi lelaki berusia lingkungan 20-an turut tular di media sosial hari ini dengan kejadian itu berlaku di Jalan Desa Botani 1, Taman Botani, di sini, 12 tengah malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata susulan itu polis menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan lelaki itu pada jam 1.15 tengahari tadi.

Shahrulanuar berkata, penahan itu dibuat susulan aksi dilakukan suspek yang bekerja kilang, mula tular di Facebook jam 12 tengahari tadi.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Batu Pahat mengesan paparan video tular di Facebook menunjukkan rakaman kereta dipandu secara berbahaya sambil melakukan drift.

“Tindakan suspek menyebabkan keretanya dipandu merempuh pacuan empat roda yang diparkir di tempat kejadian.

“Bertindak atas maklumat serta hasil risikan lanjut, polis berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terbabit.

“Suspek ditahan dan saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah. Pada masa sama, kereta terbabit turut disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat esok untuk perintah reman. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat