Vaksin: Kerajaan Akan Wujudkan Skim Khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin COVID-19, sekiranya ada antara mereka mendapat kesan sampingan yang serius daripada vaksin itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lalu dan dalam proses untuk diperincikan.

Katanya, skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

“Jemaah Menteri sudah putuskan dalam mesyuarat khas minggu lalu bahawa kita akan wujudkan satu skim untuk penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius.

“Skim ini adalah untuk memberi perlindungan dan pembayaran ex-gratia kepada sesiapa yang ada kesan sampingan serius dan dapat dikaitkan secara langsung dengan pemberian vaksin.

“Perinciannya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan berbincang dengan syarikat insurans untuk menawarkan perlindungan kepada penerima vaksin COVID-19 yang mendapat kesan sampingan serius atau kematian.

Ditanya sama ada pemberian vaksin akan diwajibkan jika jumlah individu yang mendaftar kurang berbanding bekalan vaksin khususnya pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy memaklumkan, kerajaan belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Kita belum buat apa-apa keputusan. Pendirian kerajaan ketika ini kekal iaitu vaksin diberi secara sukarela.

“Kita tunggu dan lihat nanti sekiranya tidak ramai yang mendaftar sebagai penerima, ia akan dibincangkan kemudian,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat