Seorang Ahli MT UMNO positif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Seorang pemimpin kanan UMNO Bahagian di Selangor yang menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang pada Jumaat lalu dilaporkan positif pandemik Covid-19.

Astro Awani melaporkan, ekoran dari ahli MT tersebut positif Covid-19, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan dikatakan telah melakukan ujian saringan dengan segera.

Seorang pegawai khas kepada seorang menteri Kabinet yang juga ahli MT UMNO berkata, majikannya segera membuat ujian saringan keesokan harinya selepas mendapat berita seorang ahli MT positif Covid-19.

“Benar, Datuk Seri (menteri berkenaan) hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat swab test,” katanya kepada Astro Awani.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan enggan mendedahkan identiti sebenar ahli MT UMNO yang dikatakan positif Covid-19, sekali gus membawa risiko kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu.

Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat MKT yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sementara itu, terdapat dakwaan yang mengatakan Ismail Sabri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan adalah pembawa virus berkenaan ke dalam mesyuarat tersebut.

Namun usaha mendapatkan komen beliau setakat ini masih gagal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat