3,297 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,297 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569.

Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 249,209.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 33,304 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,056 kes.

Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Perak merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes diikuti Selangor (868) dan Johor (431).

Setakat ini, sebanyak 209 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat