Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro Awani.

Laporan yang memetik sumber itu mendakwa, Zahid menggunakan kuasa veto untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) walaupun majoriti ahli MT UMNO memutuskan sebaliknya.

Sumber yang didakwa dari salah seorang anggota MT UMNO yang hadir pada mesyuarat di Janda Baik, Pahang pada malam Jumaat lalu, Ahmad Zahid ternyata ‘melanggar’ keputusan majoriti untuk menggunakan formula Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang digunakan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN, maknanya kita buat seperti yang dilakukan semasa PRN Sabah.

“BN dan PN dalam suatu gabungan yang sama untuk menghadapi PRU15, jadi tidak ada pertembungan tiga penjuru nanti,” katanya pada Ahad.

Pada PRN Sabah lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi PN dan BN bersama PBS mendapat keseluruhan 38 kerusi dan WARISAN PLUS memenangi 32 kerusi, manakala tiga calon Bebas menguasai DUN Kuamut, Kemabong serta Pitas.

Pada Jumaat, mesyuarat MT digambarkan penting dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang PRU15.
Mesyuarat itu turut difahamkan menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.

Bagaimanapun, selepas lebih tiga jam mereka bermesyuarat di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli MT.

Dalam pada itu, sumber berkenaan memaklumkan, Ahmad Zahid turut menggunakan kuasa vetonya semasa membincangkan isu tawaran jawatan TPM dari UMNO dalam PN.

“Beliau (Ahmad Zahid) menggunakan kuasa veto presiden untuk menghalang parti menerima jawatan tersebut meskipun dipersetujui oleh sebahagian ahli MT yang hadir.

“MT juga telah bersetuju untuk menerima jawatan itu tetapi malangnya presiden menolak semua cadangan berkenaan daripada ahli-ahli MT,” jelasnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat