Bersatu bolot semua jawatan penting dalam PN, keruhkan hubungan – Pas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendominasi atau membolot jawatan-jawatan penting dalam Perikatan Nasional (PN) dikhuatiri membawa suasana tidak jernih dan mengeruhkan perpaduan dalam gabungan tersebut.

Mursyidul Am Pas Datuk Ha­shim Jasin berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN perlu mengambil perhatian serius soal ber­kenaan dan melakukan pertimbangan semula dalam menentukan kedudukan di dalam barisan kepemimpinan PN.

Hashim berkata, beliau sebelum ini pernah membangkitkan Pas yang menguasai empat negeri serta mempu­nyai cawangan dan akar umbi yang kuat di seluruh negara, perlu diberikan tempat atau kedudukan yang sewajarnya dalam PN.

Katanya, jika diketepikan soal tersebut, ia berkemungkinan akan membawa suasana tidak jernih dalam gabungan tersebut kerana dasar-dasar besar seperti pelantikan perlukan pertimbangan yang sewajarnya.

“Kita tunggu dan lihat bagaimana, mungkin selepas ini ada perubahan-perubahan yang dapat dibuat bagi memuaskan semua pihak.

“Saya yakin ahli-ahli Pas juga tidak begitu senang de­ngan langkah dilaksanakan (jawatan-jawatan penting PN­ dikuasai Bersatu). Kalau pengerusi PN dari Bersatu, Timbalan patut diberikan kepada Pas, tapi ini pun tidak ada juga,” lapor Utusan di Perlis.

Peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar sebagai Bendahari Agung PN baru-baru ini seolah-olah memberi gambaran protes Pas selepas Bersatu dilihat terus menguasai jawatan-jawatan penting dalam gabungan itu.

Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 Disember lalu telah mengesahkan pelantikan enam jawatan penting kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat