Trump Setuju Sertai APEC Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penyertaan Presidennya, Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya esok.

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob, berkata pengesahan itu dibuat secara lisan oleh pegawai kanan AS, Sandra Oudkirk.

“Oudkirk memaklumkan bahawa AS akan diwakili oleh Trump,” kata Hairil pada sesi taklimat pengarang kanan media bersempena AELM.

Difahamkan, masih belum ada pengesahan secara rasmi atau bertulis dibuat oleh AS sama ada Trump sah mewakili negara itu dalam AELM.

Ini adalah penyertaan pertama Trump dalam APEC sejak 2017.

Beliau yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden AS kepada Joe Biden baru-baru ini, bakal menyertai AELM yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat