Piala Dunia: KL City sokong Malaysia jadi tuan rumah Palestin lawan Australia

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kuala Lumpur City (KL City) FC menyokong keputusan Malaysia untuk menjadi tuan rumah perlawanan Kumpulan I antara Palestin dan Australia untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pengarah Rinani, Azri Azerai berkata, walaupun KL City tidak akan menjadi tuan rumah secara langsung untuk perlawanan itu, beliau amat berbangga kerana stadium kelab itu menjadi tuan rumah bagi perlawanan bertaraf antarabangsa.

“Prestasi kami sangat kukuh kami dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kerjasama berterusan dengan badan induk itu adalah bukti landskap bola sepak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, KBS telah memanjangkan jemputan untuk menganjurkan perlawanan berkenaan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di, Cheras pada bulan depan.

Keputusan penganjuran ini dibuat selepas AFC menolak permintaan awal Palestin untuk mengadakan perlawanan di Algeria.

Sehubungan itu, Malaysia yang sejajar rapat dengan aktiviti AFC dan penyokong pertumbuhan bola sepak di Asia, menawarkan dirinya sebagai pilihan terbaik seterusnya.

Sementara itu, Azri berkata, dengan terlibat secara aktif dalam AFC, KL City dapat memahami kerumitan dan kepentingan venue dalam perlawanan antarabangsa.

“Kami berharap dapat menyaksikan acara yang berjaya yang bukan sahaja melibatkan peminat bola sepak tetapi juga membantu mengukuhkan hubungan diplomatik dan budaya antara negara,” ujarnya.

Malaysia sebelum ini berkhidmat sebagai gelanggang berkecuali untuk play-off pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka, pada Oktober 2017. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat