Zaid Ibrahim label pemimpin kerajaan lemah kerana bawa negara jadi kucar-kacir

KUALA LUMPUR – Pemimpin yang lemah telah membawa negara ke dalam keadaan yang kucar-kacir, demikian kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan melalui Facebook hari ini, beliau berkata isu berkaitan Negeri Sembilan sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan yang sewajarnya dan tidak dibiarkan berlarutan sehingga menjadi rumit.

“Isu Pengampunan ini sebenarnya tidak pernah menjadi satu perkara besar sehinggalah kerajaan ini menjadikannya bahan politik, kini keadaan itu semakin memburuk dan menuju ke arah yang lain sama sekali,” katanya.

Menurut Zaid, rakyat di kepulauan Borneo kini menyatakan kepada semua pihak agar tidak masuk campur dalam urusan mereka kerana mereka berasa Putrajaya yang lemah mudah sahaja untuk dipengaruhi atau ditindas.

“Jadi, persoalannya, daripada semua calon yang berhasrat menjadi Perdana Menteri, siapakah yang paling tegas dan berkarisma? Kita memerlukan pemimpin yang kuat, yang tidak gentar untuk membuat keputusan yang tepat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat