Cinta Muda: Dulu Ketawakan Orang, Sekarang Sendiri Terkena & Rugi

- Advertisement -

SELEPAS bertahun-tahun bekerja sebagai pekerja sosial dan pegawai pemulihan, wanita tua bernama Beth Hainin ini rasa dia dah faham semua selok belok kehidupan.

Pernah dia tergelak dan mengutuk perempuan lebih tua yang cerita mereka ditipu lelaki lebih muda sehingga rugi beribu-ribu pound, disiarkan dalam berita.

Sekarang dia dah tak boleh nak gelak lagi.

Ini setelah dia sendiri – pada usia 68 tahun, diperdaya dan rugi dengan cara sama oleh seorang lelaki yang 30 tahun lebih muda darinya dan berasal dari Ghana.

“Saya tak pernah sangka perkara ini akan berlaku kepada saya”, kata Beth yang berkenalan dengan lelaki itu – Rodney Cudjoe melalui platform dalam talian.

“Saya seorang wanita tua yang bodoh kerana mengharapkan kebahagian dari lelaki itu bila apa yang dia inginkan hanyalah duit saya.”

Yakin bahawa pertimbangannya adalah lebih baik dan mampu mengelak dari ditipu, dia ambil risiko jatuh cinta dengan lelaki itu di media sosial – dan akhirnya mengirimnya ribuan pound ketika dia memintanya.

“Saya sukakannya dan selepas beberapa bulan dia mula meminta duit. ia hanya £200 (RM 1,062). Kemudian dia ingin membesarkan studionya dan membeli peralatan baru kerana dia adalah seorang penerbit dan saya pencinta muzik, dia meminta £2000 (RM 10,628) lagi”.

Dia malah terbang ke Afrika untuk menemui lelaki itu dan langsung jatuh cinta dengannya setelah Cudjoe menjemputnya di lapangan terbang. Malam itu mereka melakukan hubungan intim kerana Beth merasakan mereka sudah lebih dari sekadar kawan.

Beth mwnyifatkan malam itu sebagai ‘magical’.

Dan ketika lelaki itu mengejutkannya dengan lamaran semasa perjumpaan pertama itu – dan mengatur “perkahwinan mengejutkan” untuk mereka, Beth menerimanya – membuatkan anak-anaknya terkejut.

Anak-anaknya membantah tapi Beth sudah tak peduli. Hanya pada majlis itu baru Beth sedar bahawa Rodney sebenarnya berusia 30-an, bukan 40-an seperti yang didakwa sebelumnya, tapi semuanya sudah terlambat.

Kemudian dia membawanya pulang, malah membayar peguam £3,000 (RM 15,943) lagi untuk visa Rodney – dan selepas inilah semua khayalannya hancur.

“Dia tidak berhenti merungut dan semua yang saya lakukan tidak kena di matanya. Dia menghabiskan lebih banyak masa tidur di sofa berbanding dengan saya di katil”, kata Beth.

Setelah dia sedar semuanya hanyalah satu penipuan, Beth mengakhiri hubungan itu dengan membelinya tiket penerbangan pulang ke Ghana – tidak lupa tambang teksi untuk dia ke lapangan terbang.

Sekarang dia menunggu penceraian itu disahkan dan untuk ini dia perlu membayar £1400 (RM 7,440) lagi.

Beth hari ini menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk mendidik wanita seusianya agar tidak terperangkap seperti dirinya – Daily Mirror.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat