The Rock Cabut ‘Auto Gate’ Guna Tangan, Tidak Mahu Terlambat Ke Tempat Kerja

- Advertisement -

Gara-gara tidak mahu terlambat ke set penggambarannya, pelakon dan penggusti The Rock pada semalam berkongsi beliau terpaksa mencabut pintu pagar automatik rumahnya yang tidak berfungsi dengan menggunakan tangannya sendiri.

Tindakan itu menurut beliau dibuat selepas pintu pagar hadapan rumahnya gagal untuk berfungsi selepas mengalami gangguan elektrik kerana ribut petir yang melanda kawasan rumahnya baru-baru ini.

photo_2020-09-19_14-15-26

SUMBER FOTO: INSTAGRAM THE ROCK

Walaupun mungkin ada yang berfikir kenapa tidak saja beliau menghubungi juruteknik bertanggungjawab untuk membaiki perkara tersebut- The Rock bagaimanapun menjelaskan beliau sudah memikirkan perkara itu terlebih dahulu.

Namun usahanya untuk mendapatkan bantuan itu tidak menjadi selepas beliau dimaklumkan terpaksa menunggu sehingga 45 minit untuk mereka datang dan melihat keadaan pintu pagar rumahnya itu.

“Ketika itu saya teringat lebih seratus krew sedang menunggu saya di set penggambaran untuk saya datang bekerja dan dapat memulakan penggambaran kami.

“Jadi saya terpaksa lakukan apa yang patut. Saya tolak, tarik dan pecahkan pintu pagar itu secara bersendirian.

“Saya tanggalkannya dari tiang batu, rosakkan besi hidraulik yang ada bersamanya dan lemparkannya ke atas rumput,” kongsi beliau di Instagram.

 

Tindakannya menghancurkan pintu pagar keselamatan itu jelasnya mengejutkan dan pada masa sama ‘menakutkan’ juruteknik yang datang ke rumahnya selepas itu.

Mengakui kejadian itu bukanlah detik terbaik dalam kehidupannya, namun The Rock menegaskan ia terpaksa dilakukan kerana beliau ingin ke tempat kerja.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat