Kilang di Iskandar Puteri kibarkan bendera Malaysia terbalik tiada lesen perniagaan yang sah

KUALA LUMPUR – Kilang yang dilihat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik sebenarnya menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen yang sah.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam satu kenyataan hari ini berkata satu tindakan segera telah diambil yang tegas selepas aduan diterima daripada Ahli Dewan Negeri Johor Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

“Pemeriksaan dijalankan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pemilik premis diberi amaran tegas dan arahan untuk menurunkan serta membetulkan kedudukan bendera dengan serta-merta.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan MBIP yang sah. Sehubungan itu, satu Notis Henti Niaga dikeluarkan dan satu kompaun diberi kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen MBIP,” katanya menurut kenyataan itu.

MBIP berkata, kilang itu sudah diarahkan untuk tutup dan menghentikan operasi kerana gagal mengikut keperluan undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika pemeriksaan dibuat, terdapat seramai 14 pekerja berada di premis berkenaan yang terdiri daripada dua warga tempatan dan 12 warga asing.

“Semua warga asing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi tujuan siasatan lanjut berkaitan status permit pekerjaan mereka.

“MBIP tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah bidang kuasa kami. Pemantauan dan tindakan susulan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pandak sebelum ini dalam satu video mendedahkan sebuah kilang dipercayai kilang SILC di Gelang Patah yang memasang bendera Malaysia dan negeri Johor terbalik.

“Kita dapati ada juga pengusaha kilang menaiki bendera Malaysia dan Johor terbalik, ini satu sikap yang memang agak biadap lah terutamanya semasa kita hendak menyambut kemerdekaan.

“Kita beri contoh, di Kulai ada juga kilang terpaksa ditutup,” katanya dalam video berkenaan.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat