Siti Saleha bangga wakil Malaysia

- Advertisement -

PELAKON Siti Saleha, 30, teruja apabila dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Utama Terbaik Program TV pada Anugerah Kandungan Asia 2020 menerusi drama Black yang ditayangkan di Viu Original.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum berkata, pencalonan itu adalah pengiktirafan yang cukup besar buat dirinya apatah lagi bertanding dengan nama besar di Asia.

“Saya terlalu gembira dengan pencalonan ini dan masih tidak percaya. Ia adalah pencapaian yang cukup besar dan sudah bertaraf antarabangsa, semestinya kegembiraan itu berganda.

“Dapat dicalonkan saja pun sudah cukup baik buat saya. Jika menang, itu rezeki. Saya cuma harapkan yang terbaik saja,” katanya.

Saleha yang juga pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 turut berterima kasih kepada pihak Anugerah Kandungan Asia atas pencalonan yang diterima.

“Saya sangat bangga dapat sebaris nama besar sekitar Asia dalam kategori itu. Paling membanggakan saya semestinya apabila dapat mewakili Malaysia.

“Kami juga dicalonkan untuk Siri Drama Terbaik yang dibuat untuk pasaran tempatan Asia,” katanya.

Dalam kategori Pelakon Wanita Utama Terbaik, Saleha berentap dengan Angeli Bayani dari Filipina, Nittha Jirayungyurn (Thailand), Rasika Dugal (India), dan Yeo Yann Yann (Malaysia-Singapura).

Anugerah Kandungan Asia adalah anjuran ContentAsia yang berpangkalan di Singapura. Syarikat berkenaan sudah beroperasi sejak 2006 dan bertujuan memartabatkan industri kandungan dari seluruh rantau ini.

Penjurian acara itu dibuat lebih 20 panel juri profesional dari seluruh Asia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar mewakili Malaysia. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 28 Ogos nanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat