Bernilai 40 Sen Sehari, Sunway Lagoon Tawar Pas Tahunan Bermula Hari Ini Buat Netizen Teruja

- Advertisement -

Setiap kali tibanya hujung minggu, pasti ibu bapa pening kepala mahu bawa anak-anak bercuti. Apa kata kalau bawa anak-anak anda setiap minggu ke Sunway Lagoon?

Sebenarnya anda boleh berseronok dan nikmati masa terluang bersama rakan-rakan dan keluarga di taman tema air tanpa had. Buat anda yang tertanya-tanya, kami ingin beritahu anda bahawa Sunway Lagoon tawar tiket masuk serendah 40 sen sehari untuk pemegang pas tahunan.

image

Murah, bukan? Maksudnya, tiket serendah 40 sen sehari apabila anda membeli pas tahunan selama tiga tahun dengan harga RM365 sahaja. Bagi pas tahunan selama dua tahun hanya RM315 manakala tempoh setahun, RM229 sahaja.

Malah, setiap resit pembelian RM500 ke atas pula membolehkan pengunjung membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan. Sementara itu, mereka yang ingin memperbahrui pas tahunan layak untuk membeli dengan harga bermula dari RM199 untuk tempoh setahun. Berbaloi atau tidak?

Buat anda yang berminat untuk dapatkan tawaran ‘awesome’ ini, anda boleh dapatkan di Blue Concourse, Sunway Pyramid. Tawarn ini hanya selama 5 hari sahaja iaitu bermula pada hari ini, 20 Ogos sehingga 24 Ogos 2020 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang anda untuk rebut peluang ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat