Hael, Dayang Nurfaizah bertunang?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Husaini tergamam saat diajukan persoalan sejauh mana kebenaran bakal mengikat tali pertunangan dengan Dayang Nurfaizah.

Menafikan desas-desus yang bertebaran, Hael berkata, dia menerima sesiapa sahaja yang ditakdirkan sebagai jodohnya.

“Belum lagi (ketawa). Saya tak nak komen. Bahaya soalan ini! Apapun, insya-Allah, jika ada rezeki dengan sesiapa yang sudi, sampailah jodoh saya bertunang,” katanya mengulas dakwaan bakal melamar dan mengikat tali pertunangan dengan Dayang dalam masa terdekat ini.

Hael Husaini tidak pernah tertekan hidup bujang, tetapi pernah terdetik mahu berumah tangga ketika usia semakin meningkat. - Foto IG Hael Husaini
Hael Husaini tidak pernah tertekan hidup bujang, tetapi pernah terdetik mahu berumah tangga ketika usia semakin meningkat. – Foto IG Hael Husaini

Penyanyi lagu Jampi dan Hajat itu berkata, dia tidak pernah sunyi, walaupun masih hidup bersendirian pada usia 33 tahun.

“Saya tak pernah tertekan melihat rakan-rakan sekeliling sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata.

“Tiada ada masalah pun bergelar bujang, jauh sekali tertekan. Cuma, pernah juga terdetik alangkah seronoknya jika berkahwin pada usia semakin meningkat ini.

“Apapun seperti single terbaharu berjudul Bujang, jodoh itu akan ada. Kena rajin mencari dan doa yang baik-baik supaya orang yang baik juga datang kepada kita,” luah pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-31 dan 32 itu.

Mengenai komen peminat yang menganggapnya calon paling layak meneruskan legasi yang ditinggalkan penghibur terkenal, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad berdasarkan lagu yang dihasilkan, Hael menyifatkan ia adalah satu penghargaan buatnya.

“Untuk meneruskan legasinya, saya rasa tidak akan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya. Saya lebih rela menjadi diri saya sendiri,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat