‘Hanya konsep dan minat saya’

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

12 Kematian, 3,170 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor...

Hantar Surat Bukan Tindakan Ingkar, Hanya Minta Dikaji Semula – Ahmad Jazlan

CYBERJAYA - Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat...

PELAKON terkenal, Mira Filzah mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.

Mira berkata, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap selain ia adalah keinginan diri sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood.

“Sebenarnya, untuk penggambaran produk LA Vue Lens ini ada pelbagai konsep. Baru konsep ini yang saya muat naik di Instagram. Kebetulan saya diberi pilihan daripada pengasas produk ini, Bee Ramza untuk pilih konsep apa saya nak buat.

“Jadi, saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan sejak kecil lagi. Malah, saya juga suka buat video ‘miming’ lagu Hindustan. Dalam hati teringin sangat nak pakai pakaian Bollywood. Tapi untuk apa?

“Disebabkan itu, apabila ada peluang, saya cakap pada Bee teringin nak pakai satu set Lehenga dengan aksesori. Saya tak terfikir pun perkara ini akan menimbulkan isu sebegini. Niat saya adalah untuk suka-suka dan minat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Mira yang muncul dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan di saluran Astro Ria memohon maaf jika perkara itu mengguris mana-mana pihak.

SEORANG pengguna laman Twitter membuat ciapan.
SEORANG pengguna laman Twitter membuat ciapan.

“Saya minta maaf kalau ada terasa. Tetapi, pada pendapat saya, di Malaysia ada pelbagai bangsa dan budaya. Semua orang pun saya tengok tak ada masalah perkara ini macam bertukar-tukar pakaian.

“Saya pun ada tengok beberapa selebriti yang pakai pakaian ini untuk majlis malam berinai, saya ada juga ada nampak orang India memakai baju kurung begitu juga ada masyarakat Melayu yang memakai cheongsam.

“Sekali lagi kalau ada yang terasa saya minta maaf. Tidak ada apa-apa niat pun untuk mengaut keuntungan daripada itu dan ini dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman Twitter membuat ciapan berbunyi ‘Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture’.

Ciapan yang meletakkan gambar yang dimuat naik Mira di IG itu mendapat pelbagai maklum balas.

Ada yang bersetuju dengan ciapan itu dan begitu juga sebaliknya yang melihat penampilan Mira tidak salah.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Ramai terkejut Jungkook BTS ada banyak tatu

Seoul: Hiasan tatu di tubuh anggota BTS, Jungkook menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat. Selama ini, dia menutup tatu di tangannya dengan mengenakan baju lengan...

Seni jalanan tarikan baharu

Nampak indah, cantik, segar dan tenang. Warni-warni lakaran lukisan mural kontemporari pelbagai corak, motif dan rupa pada bangunan lama yang sebelumnya buruk dan pudar, kini...

Jurey sangkal Freddie

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG), Datuk Jurey Latiff Rosli menafikan kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang...