Tunjang kesejahteraan masyarakat & negara

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

INTEGRITI adalah penting untuk dihayati oleh semua pihak terutama yang memikul amanah menjalankan tanggungjawab melindungi kepentingan, kebajikan dan keselamatan orang awam dalam negara kita seperti penguatkuasa serta penjawat awam.

Sebarang perbuatan atau tindakan pecah amanah, salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan tindakan tidak beretika lain oleh mana-mana pihak penguat kuasa dan penjawat awam akan membawa impak negatif yang besar kepada masyarakat serta reputasi negara kita. Adalah penting supaya semua penguat kuasa dan penjawat awam yang ada dalam negara kita memastikan diri mereka sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang salah laku yang boleh memberi impak besar terhadap semua institusi yang ada dalam negara.

Peranan penguat kuasa dan penjawat awam adalah penting supaya segala dasar yang dirangka kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Negara kita memerlukan pihak penguat kuasa dan penjawat awam yang mempunyai integriti tinggi serta mantap bagi membanteras segala kegiatan tidak sihat yang ada dalam negara kita, melindungi rakyat daripada bahaya dan memajukan negara.

Sebarang isu yang membabitkan salah laku dalam kalangan penguat kuasa atau penjawat awam perlu dipandang serius, disiasat dengan segera dan diambil tindakan sewajarnya. Tidak boleh wujud sebarang kompromi dalam perkara ini kerana ia membabitkan kepentingan awam dan imej semua pihak yang berkaitan perkhidmatan awam.

Semua pihak penguat kuasa dan penjawat awam perlu mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat.

Apa yang dimaksudkan dengan integriti? Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada seseorang individu atau sesebuah organisasi. Isu integriti berkait rapat dengan isu etika dan nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang individu atau sesebuah organisasi.

Segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan pada seseorang individu atau organisasi itu perlu dilaksanakan secara jujur dan penuh amanah. Integriti juga berkait rapat dengan sikap telus, berwibawa dan patuh kepada segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu konflik kepentingan, keutamaan perlulah diberikan kepada kepentingan, kebajikan dan keselamatan orang ramai dalam negara kita.

Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak khususnya penguat kuasa dan penjawat awam melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan sebaik-baiknya supaya kepercayaan masyarakat umum terhadap mereka tidak tergugat sehingga boleh menganggu kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara.

Budaya integriti ini sudah lama disemai oleh pihak kerajaan dalam kalangan rakyat. Kepentingan untuk mengamalkan budaya integriti ini juga diajar kepada pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Pihak kerajaan juga sekian lama cuba melahirkan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti lagi berintegriti dalam negara kita melalui pengenalan beberapa dasar yang berkaitan seperti perlancaran kempen Bersih, Cekap dan Amanah pada 1982, kempen Kepimpinan Melalui Teladan (1983), Dasar Penerapan Nilai–Nilai Islam (1985), Etika Kerja Islam (1987), Budaya Kerja Cemerlang (1989), Anugerah Kualiti (1990), Piagam Pelanggan (1993), e-kerajaan dan MS ISO 9000 (1996), pengenalan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada (2002), pengenalan konsep Islam Hadhari (2005), perlaksanaan petunjuk prestasi utama ataupun KPI, kempen benci rasuah dan langkah lain lagi.

Segala dasar berkaitan yang dilancarkan ini seharusnya dihayati, difahami dan paling penting diamalkan oleh semua pihak dalam negara kita dengan sepenuh hati.

Ini penting terutama kepada penguat kuasa dan penjawat awam supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesional serta cekap.

Nilai integriti sudah lama disaran dalam Islam. Pihak penguat kuasa dan penjawat awam beragama Islam khususnya perlu menghayati segala nilai integriti yang disarankan dalam agama.

Islam menegah keras umatnya melakukan sesuatu perkara yang sia-sia, tidak membawa apa-apa faedah dan yang boleh membawa kepada kemusnahan pada diri mereka sendiri serta orang sekeliling.

Allah SWT tidak sukakan hamba-Nya yang meninggi diri, berlaku sombong dan tidak menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan amanah. Setiap pihak perlu diberi peringatan untuk mengamalkan budaya integriti dalam kehidupan seharian sekiranya mereka ingin dihormati oleh orang sekeliling dan berjaya dalam kehidupan yang sementara ini.

Integriti boleh diibaratkan sebagai sebuah pokok besar yang berdiri teguh yang akarnya dalam bagi menampung pokok besar berkenaan. Seseorang yang memiliki integriti akan menjadi seperti pokok yang besar ini.

Mereka yang memiliki integriti ini tidak akan mudah goyang dan tumbang dengan sebarang godaan serta tipu daya yang datang kepada mereka sehingga boleh menjejaskan integriti.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...