‘Tak sangka ramai suka nyanyian saya’ – Misha Omar

- Advertisement -

PENYANYI terkenal, Misha Omar tidak menjangka nyanyian semula lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mendapat perhatian warganet.

Di Instagram Misha, video yang juga lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu sudah mencecah hampir 90,000 tontonan.

“Saya sebenarnya rakam lagu itu sebab nak mempromosikan produk yang dihantar kepada saya. Pada asalnya, tugas saya cuma untuk ambil gambar bersama produk itu. Namun, pada hari itu, berkali-kali saya ambil gambar tapi hasilnya tak memuaskan.

“Jadi, saya rakamkan dalam bentuk video dan alang-alang, saya menyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu memandangkan drama itu sedang menjadi bualan. Tidak menjangka pula ramai yang menonton,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai video nyanyiannya itu dikatakan sebagai versi nyanyian semula terbaik dan tidak terlalu mencuba, Misha berkata, dia tidak terlalu fokus kepada nyanyian.

“Sejujurnya, saya tak fokus kepada nyanyian pun pada waktu itu kerana saya nak promosikan produk saja. Sebab itulah tak ada improvisasi. Tapi, itulah yang dikatakan rezeki Allah kerana apabila Allah kata nak orang nampak, orang akan nampak,” katanya.

Misha juga berbesar hati kerana video nyanyiannya disukai oleh ramai orang dan dikongsikan di media sosial.

“Sebenarnya, susah nak mendapat ‘restu’ orang ramai bila saya nyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebab bagi saya, dia adalah yang terbaik dan sebab itulah digelar sebagai penyanyi nombor satu.

“Tak dinafikan, akan ada orang yang membandingkan nyanyian saya dengan penyanyi asal, tapi, kalau nak bandingkan saya dengan dia, memang jauh. Tapi, lagu-lagunya yang menjadi inspirasi buat saya untuk berkarya,” katanya.

Selain Misha, beberapa penyanyi lain yang turut membuat video nyanyian semula lagu itu antaranya, Khai Bahar, Aina Abdul, Salma Asis dan ramai lagi.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat