Tuntutan Sulu: Speaker tolak bahas elak subjudis – Shafie Ngah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu Dewan Rakyat menolak kehendak beberapa orang ahli Parlimen membahaskan isu tuntutan Kerajaan Sulu kerana subjudis.

Hal ini memandangkan isu tuntutan Kerajaan Sulu itu masih berada di dalam pertimbangan mahkamah keadilan, Dewan Rakyat tidak boleh dibenarkan membahaskannya,” kata ADUN Bangi, Shafie Ngah yang juga seorang pengamal undang-undang.

Wakil rakyat PAS itu terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan Speaker Dewan Rakyat semalam.

“Semalam Dewan Rakyat kecoh. Sebab, Speaker menolak kehendak beberapa orang Ahli Parlimen membahas isu tuntutan Kerajaan Sulu, termasuk kes rampasan satu aset negara di luar negara.

“Penolakan kemahuan membahas menjadi perbalahan. Malah menjadi tuduhan serta cemuhan,” katanya dalam kenyataan yang dipaparkan di Facebook PAS Pusat pada Rabu.

Bercakap sebagai peguam, Shafie menjelaskan, tidak kira sama ada mahkamah itu di dalam negara mahupun di luar negara. Sebab, sekiranya Dewan membahaskannya sudah tentu akan ada keputusan Dewan.

“Mungkin bersifat mendesak, menarik balik, memujuk dan sebagainya.

“Keputusan itu dijangka boleh mempengaruhi urusan yang sedang dibicarakan di mahkamah keadilan.

Hakikatnya kata beliau, peristiwa semalam mengundang persepsi yang bukan-bukan terhadap Speaker Dewan Rakyat.

“Sudah tentu persepsi yang bersifat negatif adalah paling disukai ramai. Tak apa. Itu hak individu.

“Cuma, apabila saya amati keputusan Speaker semalam, saya ada dengar bahawa Speaker menolak atas alasan, antara lain iaitu isu berkenaan sudah dibahaskan dalam sidang yang lepas dan subjudis.

Jelas Shafie, subjudis ialah membincangkan perkara yang masih berada di dalam pertimbangan mahkamah keadilan.

Isnin lalu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau membuat ketetapan itu sebagai tanggungjawab beliau untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Tegasnya lagi, atas sebab itu beliau telah menolak usul Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlisi sebanyak tiga kali atas alasan sub judice – yang dikhuatiri akan mendedahkan langkah yang sedang diambil kerajaan tentang prosiding litigasi yang sedang berjalan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat